CANTIK TAK LESTARI NIAGA@KUALA LUMPUR NI
03 Januari 2025
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri diiringi YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Datuk Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur singgah ke lokasi Lestari Niaga@Kuala Lumpur di Pusat Penjaja Wirawati dan Seksyen 10, Wangsa Maju tengah hari tadi.
Inisiatif Lestari Niaga@Kuala Lumpur adalah cetusan idea YAB Perdana Menteri sendiri dalam usaha
untuk memastikan fasiliti-fasiliti gerai peniaga kecil dan penjaja dinaik taraf dan diindahkan untuk keselesaan semua, selain memberi ruang kepada peniaga dan penjaja untuk berniaga dengan lebih kondusif.