YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir ke Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yaasin yang diadakan di Masjid Jamek Kampong Bharu bagi meraikan 125 Tahun Kampong Bharu.
Sejarah panjang Kampong Bharu bermula sejak tahun 1900, menjadikannya lambang kehidupan orang Melayu yang kaya dengan sejarah dan warisan budaya.
Kawasan ini turut menjadi saksi kepada transformasi Kuala Lumpur daripada sebuah bandar kecil kepada metropolis bertaraf dunia.