Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi telah menghadiri Program Santai TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak bertempat di Taman Tasik Titiwangsa petang tadi.
Turut hadir, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa, YBhg. Datuk Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP serta pegawai-pegawai kanan JWP dan DBKL.