YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PP) Jabatan Wilayah Persekutuan mewakili YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Simulasi Bangunan Runtuh/Terbakar, atau Field Training Exercise (FTX) Op Gegar Siri 1/2024.
Hasil Op Gegar yang melibatkan kerjasama erat antara 20 agensi dan seramai 890 kekuatan ini bertujuan untuk membina jaringan penyelamat yang mantap dan berkesan dalam memastikan kesiapsiagaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YDH DCP Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Hj Ayob, Timbalan Ketua Polis KL dan YBrs. Tuan Rozihan Anwar bin Mamat, Timbalan Pengarah Bomba KL.