YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri diiringi YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyempurnakan perasmian Residensi MADANI Putrajaya di Tapak Pembangunan Perumahan Residensi Madani Sentral Presint 7, Putrajaya petang ini.
Residensi MADANI merupakan salah satu inisiatif Lindung@PUJI di bawah kluster Program Usaha Jaya Insan (PUJI).
Turut hadir, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PP) JWP.