SESI LIBAT URUS RMK-13 BERSAMA WILAYAH PERSEKUTUAN
24 Oktober 2024
Selesai sudah sesi libat urus anjuran bersama Kementerian Ekonomi dan Jabatan Wilayah Persekutuan pada petang ini. Dalam ucapan YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, pada tahun 2023, sumbangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada KDNK nasional adalah sebanyak 15.9 peratus iaitu yang kedua tertinggi selepas Selangor. Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC)
menyumbang 1.2 bilion ringgit kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras 1 bilion ringgit buat pertama kalinya.
Sesi dialog ini telah memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyuarakan pendapat, persoalan dan cadangan yang akan diambil kira dalam pembangunan kerangka Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan menyumbang input bermakna pada hari ini. Turut hadir, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato’ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi dan YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Kredit Foto: Kementerian Ekonomi