WILAYAH PERSEKUTUAN UMUM INSENTIF TAMBAHAN KEPADA ATLET SUKMA SARAWAK
24 Oktober 2024
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan insentif bonus kepada semua atlet-atlet Wilayah Persekutuan yang berjaya merangkul pingat pada SUKMA XXI Sarawak yang lepas dalam Majlis Apresiasi Kontinjen Wilayah Persekutuan semalam.
Kontinjen Wilayah Persekutuan telah berjaya membawa pulang 75 emas, 65 perak dan 73 gangsa, melepasi sasaran yang dah ditetapkan. Ini
adalah emas tertinggi pernah dihadiahkan oleh para atlet Wilayah Persekutuan! Tahniah diucapkan!
Selain mencapai target, kontinjen Wilayah Persekutuan juga telah berjaya mencatat 12 rekod baru SUKMA dalam sukan akuatik dan olahraga. YB Menteri mengumumkan insentif bonus sebanyak RM 1,000 untuk emas, RM 500 untuk perak dan RM 300 untuk gangsa berbanding amaun yang pernah diumumkan beberapa bulan lepas, dan ini melibatkan kos sehingga RM 1.4 juta.
Dalam majlis yang sama, Jabatan Wilayah Persekutuan turut meraikan jaguh badminton beregu negara kelahiran Wilayah Persekutuan iaitu Soh Wooi Yik yang telah membanggakan nama negara di Kejohanan Olimpik Paris baru-baru ini dan memberikan insentif sebanyak RM 50,000 kepada beliau atas sumbangan dan jasanya.
Terima kasih diucapkan kepada semua atlet-atlet kebanggaan Wilayah Persekutuan!