Page 8 - Demo
P. 8


                                    PSICT KWP2018 - 2021  21.2 LATAR BELAKANG PROJEKPada tahun 2012 Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah membangunkan Pelan Strategik ICT (PSICT) bagi tahun pelaksanaan 2013-2017. Kajian semula PSICT KWP telah dilaksanakan pada tahun 2015 dan kesemua projek ICT yang dirancang telah selesai dilaksanakan sehingga tahun 2017. PSICT KWP menggariskan hala tuju stategik pelaksanaan ICT KWP bagi mendokong operasi bisnes KWP. Selaras dengan perubahan lanskap ICT semasa dan hala tuju strategik pelaksanaan ICT Sektor Awam, KWP membangunkan semula PSICT untuk jangka masa empat (4) tahun kehadapan (2018-2021) supaya strategi pelaksanaan ICT di kementerian ini sejajar dengan strategi bisnes Pelan Strategik KWP 2016-2020 serta agenda ICT Sektor Awam sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020. Selain itu, PSICT KWP 2018-2021 akan memastikan perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan keperluan semasa dan juga memenuhi keperluan jangka panjang KWP.
                                
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12