Page 7 - Demo
P. 7
PSICT KWP2018 - 2021 11.1 LATAR BELAKANGKEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUANKementerian Wilayah Persekutuan (KWP) diwujudkan pada tahun 1979 yang mana antara fungsi KWP pada ketika itu adalah sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Penubuhan Kementerian ini adalah sejajar dengan penubuhan Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.Pada tahun 1981, KWP telah berfungsi sebagai sebuah bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Kelang.Penyusunan semula Jemaah Menteri pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan Kementerian ini ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Pada 23 Oktober 2009, fungsi dan tanggungjawab KWP diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandar seluruh negara dan melaksanakan program kesejahteraan bandar.Namun pada 15 Mei 2013, fungsi kesejahteraan bandar bagi bandar seluruh negara telah dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dengan pemindahan fungsi ini, fokus KWP terus menjurus kepada perancangan pembangunan dan kesejahteraan di Wilayah Persekutuan.