Page 4 - Demo
P. 4
erlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan idea dan tenaga bagi menghasilkan Pelan Strategik ICT (PSICT) Kementerian Wilayah Persekutuan bagi tempoh 2018 %u2013 2021.Kecemerlangan KWP yang telah dibudayakan perlu diteruskan dan ditambah baik demi memastikan usaha untuk merakyatkan perkhidmatan awam dapat dicapai. Justeru itu, penggunaan ICT yang berfungsi sebagai enabler perlu diperkasakan.Sehubungan itu dengan terhasilnya dokumen PSICT ini, adalah diharapkan ianya dapat dijadikan sebagai garis panduan atau blueprint bagi pembangunan serta pelaksanaan programprogram ICT KWP dengan lebih sistematik. Pengurusan ICT yang baik dan efektif seterusnya akan meningkatkan produktiviti serta memberi nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada.Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar semua warga KWP dapat mengaplikasikan penggunaan ICT secara kreatif dan inovatif bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan memenuhi ekspektasi semua pihak. Seterusnya semua program ICT yang telah dirancang dalam PSICT ini dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi menyokong Visi dan Misi KWP secara menyeluruh.TYBHG. DATUK SERI ADNAN BIN HJ. MD IKSHANKETUA SETIAUSAHAKEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUANPERUTUSAN KETUA SETIAUSAHAKEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN