Page 145 - Demo
P. 145
Pelan Tindakan Warga Emas Wilayah Persekutuan 2025%u20132030 merupakan manifestasi komitmen jitu dan terancang bagi memastikan golongan warga emas terus diiktiraf sebagai aset berharga yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang progresif, inklusif dan sejahtera. Dokumen ini telah disusun dengan teliti melalui proses perundingan menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk warga emas sendiri, penjaga, pakar akademik, pertubuhan masyarakat sivil, sektor swasta dan agensi kerajaan, sekali gus mencerminkan pendekatan kolaboratif yang berpaksikan prinsip keterangkuman dan keberkesanan.Lima lonjakan strategik yang digariskan iaitu Penuaan Sihat, Penuaan Aktif, Penuaan Positif, Penuaan Produktif dan Penuaan Menyokong telah dirumuskan bagi menangani pelbagai cabaran kritikal berkaitan kesihatan, ekonomi, psikososial, sosial dan persekitaran, di samping mengenal pasti peluang yang dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas secara holistik. Pelan ini juga sejajar dengan Dasar Warga Emas Negara, Dasar Sosial Negara, Pelan Hala Tuju CHASE City 2025%u20132029 serta kerangka pembangunan mampan di peringkat serantau dan antarabangsa, menjadikannya sebuah dokumen dasar yang komprehensif dan berdaya tahan.Kejayaan pelaksanaan EMAS-WP 2025%u20132030 bergantung kepada iltizam, kerjasama dan penyertaan aktif seluruh ekosistem pembangunan daripada pihak kerajaan di semua peringkat, pihak berkuasa tempatan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti setempat hinggalah individu warga emas sendiri. PENUTUP134

