Page 143 - Demo
P. 143


                                    Kesimpulannya, Lonjakan Penuaan Menyokong akan membantu usaha Wilayah Persekutuan dalam menyediakan persekitaran yang baik dan sesuai bagi warga emas supaya penuaan optimal dapat dilaksanakan. Beberapa isu mendesak iaitu kemudahan mesra warga emas yang tidak mencukupi, ketiadaan pusat transit warga emas, tahap bandar pintar yang rendah serta kekurangan penyelidikan warga emas telah dikenalpasti dalam lonjakan ini. Sebanyak empat strategi telah dirancang yang dapat membolehkan perhatian khusus diberikan bagi merencana tindakan penyelesaian yang terurus dalam aspek penuaan menyokong.Reka bentuk bandar inklusif memainkan peranan utama dalam penuaan aktif penduduk tua serta untuk memenuhi keperluan dan kebolehan mereka yang unik. Tanpa langkah proaktif untuk menjadi pragmatik, warga emas akan hilang peluang untuk terus bersama lapisan masyarakat menyumbang ke arah pembangunan negara. Justeru, penglibatan yang sistematik serta berintegrasi pelbagai pihak iaitu JWP, agensi kerajaan persekutuan, negeri, daerah serta swasta dan antarabangsa, perlu untuk memberikan sokongan yang diperlukan oleh warga emas. Kesemua strategi lonjakan ini juga selaras dengan WHO Age-Friendly Cities Framework yang menekankan peranan JWP untuk menyediakan fasiliti serta infrastruktur awam kepada golongan warga emas secara bersepadu.Program-program yang disenaraikan dalam lonjakan ini juga bercirikan komuniti dan selaras dengan dengan pelbagai polisi sedia ada pihak JWP dan pelbagai pihak berkepentingan. Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN), kerangka Pelan Hala Tuju CHASE City, WHO Age-Friendly Cities Framework telah dirujuk dan dipadankan dengan program-program dalam setiap strategi lonjakan ini. Hasil pelaksanaan program ini akan dapat dilihat melalui penubuhan hub penyelidikan warga emas pemantapan fasiliti atau kemudahan awam yang mesra warga emas serta khas untuk wilayah persekutuan, kajian serta data empirikal mengenai warga emas yang boleh digunakan untuk polisi serta pemberian perkhidmatan yang lebih kontemporari.LONJAKAN 5 PENUAAN MENYOKONG132
                                
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147