Page 52 - Demo
P. 52
Eco Friendly CityPertumbuhan populasi dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang menjejaskan ekologi dan kelestarian alam. Sehubungan itu, pendekatan mesra alam (eco friendly) sangat penting dalam perancangan pembangunan bagi sesebuah bandar. Bandar Mesra Alam bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup penduduknya. Tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar memerlukan komitmen semua pihak. Melalui pendidikan, kesedaran, dan tindakan yang betul, kita dapat bersama-sama membina masa depan yang lebih hijau dan mampan. Bagi memastikan kelestarian alam sekitar, setiap aktiviti pembangunan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan mengambil kira impak terhadap alam sekitar supaya tidak menjejaskan ekosistem dan kesejahteraan.Pengintergrasian alam sekitar dan aktiviti pembangunan. Teras Strategik:Untuk mewujudkan persekitaran lestari ke arah peningkatan gaya hidup. ObjektifSTRATEGI 1: Memperkasakan dan mengintegrasikan konsep pembangunan hijau dalam perancangan dan pembangunan fizikal guna tanah. 1. Memperkukuh inisiatif pelaksanaan Bandar Hijau (Green Cities). INISIATIF2. Mengekalkan kawasan hijau melalui kaedah pewartaan. (berdasarkan zon guna tanah kawasan lapang Rancangan Struktur & Pelan Tempatan).3. Memantau pelaksanaan tindakan Pelan Struktur/ Pelan Tempatan PBT.4. Mengurangkan pelepasan karbon di Wilayah Persekutuan.STRATEGI 2: Membudayakan persekitaran lestari.1. Merealisasikan budaya bandar raya rendah karbon. INISIATIF2. Membudayakan pendekatan mesra alam dalam program/ projek/ inisiatif pembangunan.EInisiatif dan Pelan Tindakan di bawah Pelan Hala Tuju CHASE City49