Page 47 - Demo
P. 47


                                    Safe CityBandar Selamat mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dari aspek infrastruktur yang kukuh dan persekitaran yang selamat untuk menjamin keselamatan penduduknya. Dalam Safe City, setiap aspek kehidupan masyarakat diberi perhatian khusus untuk memastikan setiap individu merasai rasa selamat dalam menjalani kehidupan seharian. Pembangunan infrastruktur yang merangkumi keselamatan fizikal, harta dan siber perlu dirancang dengan teliti bagi meminimakan risiko kemalangan dan kejadian jenayah. Keselamatan persekitaran boleh diperkasakan melalui pengukuhan tadbir urus, dasar dan penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu bagi memastikan keselamatan penghuni bandar terjaga. Pengukuhan infrastruktur dan persekitaran yang selamat dapat menjamin keselamatan bandar yang bebas dari ancaman fizikal, sosial, mental dan kelestarian alam sekitar. Ini mempunyai kaitan langsung dengan tahap kebahagiaan dan meningkatkan rasa selamat dalam kalangan rakyat sekaligus merealisasikan aspirasi bandar berdaya huni. Pengukuhan infrastruktur dan persekitaran yang menjamin rasa selamat. Teras Strategik:Mewujudkan persekitaran yang selamat bagi meningkatkan tahap kebahagiaan dan merealisasikan aspirasi bandar berdaya huni.ObjektifSTRATEGI 1: Menyediakan infrastruktur yang meminimakan risiko bencana, kemalangan dan kejadian jenayah.1. Merancang dan menyelaras program bandar selamat yang komprehensif. INISIATIF2. Menyediakan persekitaran berpandukan universal design (Mesra OKU/ warga emas dan kanak-kanak).3. Merancang dan menambahbaik aset-aset keselamatan dengan menggunakan teknologi terkini.STRATEGI 2: Menyediakan persekitaran yang memberikan rasa selamat kepada masyarakat.1. Mengukuhkan kawalan keselamatan di kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). INISIATIF2. Memastikan pelaksanaan dasar dan pematuhan undang-undang kepada kumpulan sasar yang berkaitan.SInisiatif dan Pelan Tindakan di bawah Pelan Hala Tuju CHASE City44
                                
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51