Page 40 - Demo
P. 40
Bandar Maju mengutamakan penggunaan atau adaptasi teknologi terkini dalam menyelesaikan masalah perbandaran, menyokong data driven decision making dan memudahkan urusan seharian penduduk. Penggunaan teknologi terkini dan inovasi adalah merangkumi smart economy, smart people, smart living, smart environment, smart digital infrastructure, smart transportation dan smart governance. Persekitaran dengan kemudahan teknologi tinggi dan pembudayaan inovasi boleh diwujudkan melalui penggunaan dan penerapan elemen bandar pintar, peningkatan kualiti persekitaran yang kondusif, penyediaan pusat penyelidikan dan pembangunan awam dan swasta, peningkatan penyediaan infrastruktur teknologi baharu dan pemodenan infrastruktur pembuatan. Bandar yang maju (advance) dan inovatif dapat menarik pelaburan domestik dan antarabangsa, menjana aktiviti ekonomi bernilai tinggi, mengurus kemahiran dan tenaga kerja mahir dan memperkukuh rangkaian pengangkutan yang efisien. Pengadaptasian teknologi terkini dan inovasi dapat menaiktaraf kualiti hidup rakyat melalui penjimatan masa, peningkatan produktiviti, penjimatan tenaga kerja dan kos terlibat serta menyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan bandar.Advance CityPengadaptasian teknologi terkini dan pembudayaan inovasi dalam pengurusan dan perkhidmatan perbandaran.Teras Strategik:Untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup rakyat. ObjektifSTRATEGI 1: Mengadaptasi teknologi terkini dalam memperkasakan pengurusan dan perkhidmatan perbandaran.1. Melaksanakan konsep dan penarafan Pembangunan Bandar Pintar (Smart City). INISIATIF2. Melaksanakan Program Bandar Selamat. 3. Mengintegrasikan teknologi pembangunan hijau dalam perancangan dan pembangunan gunatanah ke arah Bandar Berdaya Tahan (resilience city).4. Memperkasa DashboardPangkalan Data Wilayah Persekutuan.STRATEGI 2: Membudayakan inovasi dalam memperkasakan pengurusan dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran.1. Memperkasakan ekonomi supaya lebih berdaya saing dan berkendiri. INISIATIF2. Mewujudkan program perumahan yang kondusif dan berdaya huni. 3. Mewujudkan amalan perancangan terbaik (best planning practise) dalam perkhidmatan perbandaran.AInisiatif dan Pelan Tindakan di bawah Pelan Hala Tuju CHASE City37