Page 16 - Demo
P. 16
CASHE%u201c VISI- CHASE CITY %u201dFokus utama terhadap ketiga-tiga Wilayah Persekutuan adalah untuk menjadikan Wilayah Persekutuan negeri yang berdaya huni (liveable city). Visi utama Wilayah Persekutuan adalah untuk menjadi bandar yang maju dan sejahtera serta dapat menyediakan persekitaran yang selesa, selamat, dan berkualiti untuk penduduknya.Selaras dengan perkara tersebut, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menyatakan hasratnya untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai suatu bandar unggul yang boleh dijadikan sebagai penanda aras atau benchmark kepada bandar-bandar lain di Malaysia. Lanjutan daripada perkara tersebut, maka lahirlah visi baharu Wilayah Persekutuan melalui akronim CHASE City yang mana ianya berpaksikan kepada gagasan Malaysia MADANI sebagai tonggak utamanya.Matlamat utama visi CHASE City ini ialah untuk memajukan Wilayah Persekutuan yang berfokuskan kepada pembangunan mampan, inovasi teknologi, dan kesejahteraan masyarakat dengan visi untuk mewujudkan Wilayah Persekutuan yang bersih, sihat, maju, selamat dan mesra alam.CHASE City adalah akronim kepada;C ialah Clean City; CA ialah Advance City; AS ialah Safe City; dan SH ialah Healthy City; HE ialah Eco Friendly City. EHala Tuju Wilayah Persekutuan13