Page 25 - ASPIRASI WILAYAH PERSEKUTUAN
P. 25
BAKUL MAKANAN V2 (B)
210 x 297mm (A4)
WP sentiasa mengambil langkah proaktif dengan
melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan
Kkelangsungan hidup golongan sasar di Wilayah
Persekutuan di bawah TERAS KEMISKINAN
melibatkan penduduk di Projek Perumahan Rakyat
dan Perumahan Awam DBKL termasuk golongan
miskin bandar di perumahan kos rendah swasta.
Program MYJob@Wilayah menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk Kuala Lumpur yang
kehilangan pekerjaan semasa pandemik mengikut
kesesuaian kemahiran dan pengalaman individu.
Program MYMedic@Wilayah pula menawarkan
perkhidmatan rawatan dan pemeriksaan kesihatan dan
digunakan untuk Program Vaksinasi Bergerak sebagai
sokongan kepada Program Imunisasi Kebangsaan
COVID-19. Bagi program MYGrocer@Wilayah pula
adalah pasar bergerak yang menjual barangan dapur
pada harga lebih murah dari pasar awam di kawasan
perumahan secara berjadual. MYFood@Wilayah
membantu meringankan beban kos sara hidup golongan
miskin bandar melalui agihan bakul makanan secara
percuma. MYSchoolBus@Wilayah pula menyediakan
perkhidmatan bas percuma kepada anak yang miskin
di PPR MTEN dan PA DBKL dan diperluaskan kepada
perumahan kos rendah swasta. Program MYBeras@
Wilayah pula adalah edaran 1 kampit (5kg) secara
percuma kepada setiap keluarga yang layak.
Bleed Actual Size