Page 7 - Demo
P. 7
Pelan Hala Tuju CHASE City Jabatan Wilayah Persekutuan (Kerangka Pelan) merupakan satu pelan hala tuju yang diterajui Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama-sama dengan agensi-agensi di bawah kawal seliaannya iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Perbadanan Labuan (PL), Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP). Kerangka Pelan ini meletakkan gagasan Malaysia MADANI sebagai tonggak utama dalam menawarkan satu rangka solusi yang diperlukan oleh warga dan generasi masa depan Wilayah Persekutuan.Kerangka Pelan ini adalah panduan mengurus Wilayah Persekutuan dalam konteks kerangka dasar \dibangunkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ekonomi Madani yang telah diinspirasi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dijadikan sebagai asas mendukung usaha Membangun Negara MADANI menerusi nilai-nilai utama yang perlu dikongsi bersama, teras strategik, dan fokus keutamaan tindakan dalam usaha menyasarkan kemakmuran Malaysia secara mampan dan melindungi kesejahteraaan rakyat dalam erti masyarakat yang maju, terampil dan terangkum.Kerangka Pelan ini telah dirangka bertepatan untuk memenuhi ciri-ciri keperluan pembangunan ekonomi negara dalam kerangka rumah Ekonomi MADANI seperti dalam rajah 1 di bawah.Kerangka Pelan ini dirangka sebagai komitmen kebolehsaingan bagi membantu membina kejayaan pembangunan ekonomi di Wilayah Persekutuan yang selaras dengan tekad kerajaan menstruktur semula ekonomi agar Malaysia menjadi peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat bagi tahun 2025 sehingga tahun 2029.EKONOMI MADANI : MEMPERKASA RAKYATBersama membina Malaysia yang lebih baik%u2022 Destinasi Pelaburan Berdaya Saing & Bertaraf Global%u2022 Industri Bertarafkan Digital & Inovasi%u2022 Peneraju Ekonomi Islam Global%u2022 Jaguh PMKS Serantau%u2022 Keterjaminan & Kemampanan Ekonomi%u2022 Pekerjaan Bermakna & Berpendapatan Tinggi%u2022 Keterangkuman & Kesaksamaan Peluang%u2022 Akses Sejagat Pendidikan & Kesihatan%u2022 Kemudahan Asas Bertaraf Dunia%u2022 Perlindungan Sosial untuk SemuaMENAIKKAN SILINGPeneraju Ekonomi AsiaMENINGKATKAN LANTAIPeningkatan Darjat Hidup RakyatUntuk berjaya memerlukan pendekatan seluruh Malaysia(Rakyat, Kerajaan & Industri)Dengan semangat perpaduanTota kelola yang baik (membanteras rasuah)Sistem Penyampaian awam yang tangkas & kolaboratif(Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Nilai Hormat dan Keyakinan & Ihsan)Memastikan etika menjadi asas dalam mencapai kemajuan, pembaharuan institusi dan perpaduan masyarakatMalaysia Berasaskan Nilai MADANIRajah 1: Kerangka Rumah Ekonomi MADANIPengenalan4