Page 8 - Buku Program APC 2018
P. 8
Petikan Perutusan
KETUA JABATAN & AGENSI
“Tahniah dan syabas di atas penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang
tahun 2018. Cemerlang bukan sekadar diukur dengan tercapainya
sasaran kerja tetapi perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti.
Pegawai yang cemerlang akan sentiasa mempertingkatkan produktiviti
dan mengekalkan mutu kerja berkualiti tinggi yang bukan hanya berjaya
mencapai, malah melangkaui ekspektasi stakeholders dan rakyat.
Seterusnya dapat memacu kegemilangan organisasi.”
YBhg. Dato’ Nor Hisham bin Ahmad Dahlan
Datuk Bandar Kuala Lumpur
“Saya bersama pengurusan dan warga kerja Perbadanan Putrajaya
(PPj) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2018.
Kecemerlangan setiap pegawai telah menyumbang kepada
kecemerlangan sesebuah organisasi. Kita berharap pengiktirafan ini
dapat memberi motivasi kepada para penerima; serta menjadi inspirasi
dan perangsang kepada yang lain untuk sama-sama menjadikan
Perbadanan Putrajaya luar biasa.”
YBhg. Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim
Presiden Perbadanan Putrajaya
6