Page 5 - Demo
P. 5
5Salam Sejahtera,Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga untukmenghasilkan dan menerbitkan dokumen Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian WilayahPersekutuan 2022-2026.Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Wilayah Persekutuan 2022-2026 ini dibangunkanberdasarkan kepada isu, cabaran dan persekitaran semasa ICT, peluang yang telah dikenal pastiserta amalan terbaik global. Pelaksanaan pendigitalan Kementerian secara holistik merangkumiperkhidmatan digital, infrastruktur dan keselamatan ICT, tadbir urus ICT serta kompetensi modalinsan dapat memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan digital yang berinovasi merentasisektor awam, swasta, industri dan rakyat.Besar harapan saya agar semua warga kerja Kementerian dapat memberi komitmen dan sokongankepada setiap program yang telah dirancang dalam Pelan Strategik Pendigitalan KementerianWilayah Persekutuan 2022-2026. Akhir kata, sekalung penghargaan dan tahniah diberikan kepadasemua yang terlibat dalam merangka, membangun dan seterusnya menerbitkan Pelan StrategikPendigitalan Kementerian Wilayah Persekutuan 2022-2026.Sekian, terima kasih.KETUA PEGAWAI MAKLUMATKEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUANYBHG. DATO PARANG ABAI@THOMAS’