Page 57 - Demo
P. 57
PSICT KWP 46 2018 - 2021Penglibatan pihak pengurusan tertinggi yang peka dengan keperluan dan kepentingan ICT merupakan faktor kritikal untuk kejayaan pelaksanaan program ICT. Pengurusan organisasi dan pengurusan ICT yang mantap memainkan peranan penting sebagai perancangan dan penggerak ICT di KWP. Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan tertinggi dan stakeholders akan memberi impak terhadap pengurusan perubahan (change management) yang efektif.Sumber kewangan yang mencukupi merupakan asas utama bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan.Keperluan personel ICT yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidangseperti pengurusan projek, pengurusanaplikasi, pangkalan data,pembangunan infrastuktur dan keselamatan ICT serta sentiasa pekadengan teknologi terkini adalah sangat penting.Kerjasama dan komitmen Bahagian merupakan satu elemen yangsangat penting bagi memastikan semua program dan aktiviti yangdirangka dapat dijalankan sebagaimana dirancang.1. KOMITMEN PENGURUSAN ATASAN2. PERUNTUKAN KEWANGAN3. PENGETAHUAN DAN KEPAKARAN4. KERJASAMA BAHAGIAN LAIN