Page 37 - Demo
P. 37
PSICT KWP 29 2018 - 2021Pusat DataSistem Aplikasi bagi warga KWP menggunakan kemudahan infrastruktur sedia ada di Pusat Data KKM. Sehubungan dengan itu, penyediaan kemudahan infrastruktur yang mencukupi perlu dipertimbangan bagi menampung keperluan tambahan sistem.Penggantian dan penambahan perkakasan dan perisian ICT wajar dilaksanakan bagi memastikan sistem penyampaian ICT KWP beradap pada tahap yang optimum.Rangkaian Pertambahan pengguna dan aset berteknologi terkini (seperti peralatan mudah alih) yang menggunakan sistem rangkaian di KWP menyumbang kepada prestasi capaian rangkaian KWP.Penggunaan peralatan rangkaian yang lama dan kerap mengalami kerosakan juga menyumbang kepada prestasi capaian rangkaian KWP.Susulan daripada isu ini, ianya mengakibatkan tahap kepuasan pengguna ke atas perkhidmatan rangkaian yang disediakan tidak mencapai tahap optimumdan capaian atau akses pengguna ke aplikasi ICT mengalami gangguan. Peningkatan teknologi Rangkaian Setempat (Local Area Network %u2013 LAN)disyorkan sebagai jalan penyelesaian kepada isu ini. Ini merangkumi penggantian perkakasan rangkaian dan kerja-kerja pengkabelan semula bagi keseluruhan rangkaian setempat.KeselamatanKepentingan terhadap pencegahan ancaman keselamatan maklumat ICT yang ditekankan dalam Dasar Keselamatan ICT, KWP perlu dilaksanakan dan dihebahkan kepada warga KWP. Ini selari dengan perkembagan persekitaran teknologi ICT yang pesat membangun dan ancaman siber yang terkini. Pelbagai perkakasan dan perisian yang disediakan sama ada peringkat pengguna, rangkaian serta Pusat Data KWP perlu mengikut teknologi terkini.Penyediaan kemudahan perkakasan dan perisian keselamatan yang sentiasa dikemaskini serta selari dengan perkembangan teknologi terkini.