Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


AMALAN INTEGRITI MEMBAWA KEBERKATAN

Unit Integriti JWP telah menganjurkan Program Pengukuhan dan Pembudayaan Integriti Siri 2 Tahun 2026 bertempat di Bilik Seminar MSWP, Menara Seri Wilayah.
Seramai 40 orang peserta dari pelbagai bahagian telah hadir bagi memperkasakan nilai jati diri dalam perkhidmatan.
Sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Encik Zukernain Wook (Perunding Utama Innotech Excel Consulting) ini menekankan bahawa amalan integriti membawa keberkatan, iaitu kebaikan daripada Tuhan yang memberi manfaat berpanjangan.
🛡️ Bagaimana Untuk Kekal KEBAL Dari Pelanggaran Integriti?
Antara intipati menarik adalah perkongsian Formula ASK sebagai benteng diri:
• A (Attitude, Akhlak, Agama): Sentiasa mempraktikkan nilai moral dan agama dalam setiap tindakan.
• S (Sosial): Bijak memilih lingkungan rakan dan menjauhkan diri daripada budaya kerja yang negatif.
• K (Knowledge): Sentiasa memantapkan pengetahuan tentang peraturan, perundangan, dan pekeliling terkini yang berkuat kuasa.
⚠️ Pesan Untuk Diri
Setiap penjawat awam diingatkan supaya sentiasa mengawasi tiga aspek utama pelanggaran integriti iaitu Rasuah, Salah Guna Kuasa, dan Penyelewengan. Ingatlah, manusia itu belum benar-benar terpuji selagi dirinya tidak diuji.
Marilah kita bertekad untuk sentiasa melakukan perkara yang betul dan nampak betul dalam setiap tugasan harian.
UNIT INTEGRITI
JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN