YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) meninjau Projek River of Life (RoL) di Taman Tasik Titiwangsa sebagai usaha memperkasa kawasan rekreasi dan hijau bandar yang berkualiti untuk dinikmati semua lapisan masyarakat.
Lawatan ini bertujuan menilai aspek penyelenggaraan, keselamatan, pencahayaan, kebersihan dan keselesaan orang awam agar kawasan RoL terus menjadi ruang awam yang selamat, menarik dan bermanfaat kepada warga kota serta pelawat.