Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


OPERASI DIPERGIAT, KENDERAAN BURUK/TERSADAI DITANGANI LEBIH CEKAP DI KUALA LUMPUR 🚗

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir ke Majlis Peluncuran Program Pelupusan Kenderaan Buruk/Tersadai Secara Sukarela di kawasan PA/PPR.

Program ini merupakan inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam mempertingkat kecekapan pengurusan kenderaan terbiar secara lebih sistematik, terancang dan mesra komuniti.

Melalui pelaksanaan program ini, pemilik kenderaan diberi peluang untuk melupuskan kenderaan secara sukarela dengan proses yang lebih mudah serta insentif menarik, sekali gus membantu mengurangkan lambakan kenderaan buruk di kawasan perumahan.

Usaha ini bukan sahaja memperindah persekitaran, malah meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan warga kota Kuala Lumpur.

Turut hadir, YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju, serta YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.