Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PUTRAJAYA 2050: DIGITAL, PINTAR & MAMPAN 🏙️💻

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, hadir menyempurnakan Malaysia BIM Day 2026: Putrajaya Digital Built.

Acara ini menyaksikan pelancaran Hala Tuju BIM Putrajaya 2050 sebagai kerangka jangka panjang dalam memperluas penggunaan Building Information Modelling (BIM) bagi perancangan, pembangunan dan pengurusan aset Putrajaya secara bersepadu.

Turut dilancarkan, myBIM Satellite Putrajaya sebagai platform latihan, pembangunan kompetensi dan perkongsian pengetahuan BIM untuk warga kerja Kerajaan serta pemain industri.

Tahniah kepada Perbadanan Putrajaya atas kejayaan merangkul Anugerah National BIM e-Submission (NBeS) 2026 peringkat nasional, hasil inovasi digital melalui kerjasama Perbadanan Putrajaya dan CIDB dalam mentransformasikan proses semakan pelan bangunan menerusi BIM dan automasi.

Turut hadir YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), Jabatan Wilayah Persekutuan serta YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuh ekosistem digital binaan negara dan merealisasikan aspirasi Putrajaya 2050 sebagai bandar masa hadapan yang pintar, inovatif, mampan dan berdaya saing.