YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Konsert bersama agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pengangkutan awam, hospital, pemilik venue dan pemain industri.
Mesyuarat membincangkan usaha menambah baik proses kelulusan serta pelaksanaan penganjuran konsert dan acara hiburan di Kuala Lumpur, dengan penekanan terhadap aspek keselamatan, kesihatan, trafik dan pengurusan ruang awam.
Kuala Lumpur terus diperkasakan sebagai destinasi konsert dan acara antarabangsa bertaraf dunia, selaras dengan komitmen memastikan setiap penganjuran dilaksanakan secara teratur, selamat dan bertanggungjawab, tanpa mengkompromi kepentingan serta sensitiviti masyarakat.