YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Borneo Arts Festival 2025, diiringi YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, dan YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.
Majlis turut diserikan dengan persembahan khas oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menambah kehangatan sambutan festival.
Ayuh sama-sama kita ramaikan setiap segmen sepanjang BAF 2025 seperti Cita Rasa Borneo, Laman Pesona 3W, Laman LAWA, Secret Garden dan Pentas Utama.